Tuesday, November 8, 2011

petua kulit cantik, menjadi!

alhamdulillah..
try 1 petua ni. 
tu pon kaklong yg bancuh..
sy tukang habiskn.. hihi..

tepung ubi kayu + asam jawa.
bancuh dgn air.
then nk best, letak dlm peti.
letak kt muka sambil2 tgk tv, dah kering blh basuh..

mmg menjadi. muka rs halus jek.
tp masa pakai tu pedih.. & gatai ckit. hehe.

selamat mcuba! ;)



Tuesday, September 6, 2011

MENGENAL AUTISME

Disediakan oleh: Cik Siti Nor Aisyah bt. Rahman, 
Guru Pelatih PISMP B.Ed. Special Ed IPGM Kampus Ilmu Khas,Kuala Lumpur.

MARI MENGENAL AUTISME.



Tahukah anda apa maksudnya autisme? Autisme boleh dimaksudkan sebagai ‘dalam dunia sendiri’. Istilah autisme sendiri berasal dari perkataan autos yang bererti diri sendiri dan isme yang bererti aliran.

Mengikut Uta Frith (1989) “Autisme ialah ketidakbolehan untuk menyatukan bahagian-bahagian maklumat menjadi satu yang jelas dan ketidakbolehan minda menjadikan aktiviti, pemikiran, kepercayaan dan perasaan sendiri bermakna kepada diri sendiri.’’

Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) pula menjelaskan maksud Autisme seperti berikut: “Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran makenikal ataupun dalam seni muzik, ‘rote memory’ dan lain-lain”.

Bagaimana mengenal kanak-kanak autisme? Penyelidik Dr. Simon Baron-Cohen dan rakan-rakan mendapati sekiranya kanak-kanak berumur 18 bulan tidak menunjukkan tiga tingkah laku dibawah, adalah kemungkinan 83% dilabelkan autistik ataupun autisme.
i.      Menunjukkan sesuatu di persekitaran yang membawa kepada perhatian orang  lain;
ii.     Melihat kepada objek bila orang lain lihat atau tunjukkan objek tersebut;
iii.    Cenderung untuk bermain

Kanak-kanak autisme selalunya menimbulkan kekeliruan bagi penjaganya kerana mereka kelihatan normal seperti kanak-kanak lain. Namun begitu, autisme boleh juga dikenalpasti apabila;

Bayi;
  • ·         Tidak kelihatan gembira apabila diangkat dan ditatang;
  • ·         Bayi tidak mengangkat tangan untuk dipeluk atau didukung;
  • ·         Meronta apabila berada dalam tangan ibunya;
  • ·         Mengelak bertentangan mata dengan orang;
  • ·         Kurang bertindakbalas terhadap orang lain;
  • ·         Kekurangan dalam perkembangan bahasa;
  • ·         Pertumbuhan dan perkembangan normal hanya sehingga dua tahun;
  • ·       Kemerosotan dari segi perkembangan bahasa, tingkah laku sosial, aktiviti bermain dan kemahiran motor;

Kanak-kanak;
  • ·         Menyendiri;
  • ·         Bermain sendirian dan tidak bergaul dengan rakan;
  • ·         Jarang menggunakan bahasa;
  • ·         Sukar diajak bercakap;
  • ·         Meniru perbualan ataupun perkataan orang lain seperti dialog filem;
  • ·        Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang seperti menepuk tangan ataupun berjalan mundar-mandir;
  • ·         Aktiviti dan kemahiran motor agak stereotaip;

Remaja:

  • ·         Perkembangan sosial tidak normal;
  • ·         Tiada kesedaran akan perasaan orang lain;
  • ·         Tiada minat kepada orang lain;
  • ·         Tiada kebolehan berkawan


Tahukah anda sebenarnya kanak-kanak autisme ini boleh dirawat ataupun dididik? Program pembelajaran yang sesuai bagi kanak-kanak sebegini adalah bercorak ke arah analisis tingkah laku dan menggalakkan penggunaan pertuturan dan komunikasi. Untuk aspek komunikasi, peningkatan boleh dilakukan ialah menggunakan pergerakan dan isyarat yang sesuai. Mereka ini juga boleh diintegrasikan bersama kanak-kanak normal supaya menjadikan mereka lebih efektif untuk bergaul. Bagi setiap  tingkah laku yang positif, guru ataupun penjaga perlulah menggunakan peneguhan seperti kata-kata  pujian ataupun seperti hadiah contohnya biskut bagi mengekalkan tingkah laku yang baik. Sesungguhnya apabila mereka melakukan sesuatu tingkah laku dan mendapat pujian, sudah pasti mereka akan mengulanginya lagi dan begitulah sebaliknya bukan? Kanak-kanak autisme juga boleh dibantu melalui cara ‘modelling’ iaitu meniru tingkah laku. Selain itu, ibubapa boleh menayangkan cerita atau video yang mengandungi nilai-nilai murni serta penggunaan bahasa yang baik supaya murid meniru.

Berdasarkan pengalaman saya berpraktikal di SK.Taman Segar Cheras pada bulan lepas, saya mempunyai seorang murid autisme. Murid ini pada awal jangkaan saya fasih berbahasa English tetapi sebenarnya murid ini bercakap dengan dunianya sendiri tetapi menggunakan pelbagai dialog dari cerita kartun inggeris yang saya rasakan agak lucu kerana nadanya juga sama! Sungguh unik anak istimewa ini. Namun begitu, bagi pendapat saya eloklah jika murid tersebut 'berdialog' dengan ayat-ayat yang lebih bermakna. Seharusnya murid ini perlu ditayangkan cerita yang mengandungi banyak nilai murni contohnya perkataan 'terima kasih'. Jelas sekali murid autisme boleh dan suka meniru jadi eloklah meniru yang baik-baik sahaja.

            Kesimpulannya, autisme ini perlulah dikenalpasti dari peringkat awal lagi supaya langkah pencegahan awal boleh dilakukan. Kanak-kanak autisme mamapu belajar dan berfungsi seperti kanak-kanak normal yang lain jika diberi pendidikan dan rawatan yang sempurna. 




____________________________________________________________________________

sumber rujukan:

Buku

Jamila K.A Mohamed. (2006). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Selangor: Pts Publications & Distributors Sdn. Bhd

Jurnal
Wang Hui Lee, Madinah Mohd Yusuf, David Khoo Khiam Soo Dan Masitah Hj. Taib. (2006). Persepsi Guru Pelatih Program Kursus Perguruan Lepas Ijazah Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Terhadap Murid Bermasalah Pembelajaran, Tempawan Jilid XXII : hlm 59-67.

Yunus Yusuf. (2006). Kanak-Kanak Autisme, Lestari Pendidik-IPGM KDRI : Hlm 67-75

Internet

Pn. Ainol Azmi Bt, Lazim. (2008). Autisme. (6 September 2011) 




Saturday, July 30, 2011

kurang darah?




1. Amalkan memakan sup kambing setiap hari


Sup Kambing Chef Wan - blogresepi.com



Tapi saya ni memang tak makan kambing. Jadi, beliau pun suruh saya hirup kuahnya saja. Sebab yang penting ialah kandungan rempah sup itu sendiri. Kalau nak hirup kuah sup ayam, lembu dll pun boleh. Janji sup.

Kemudian, tambahkan dengan bawang goreng. Sebaik-baiknya ialah bawang goreng yang dibuat sendiri tau.



2. Elakkan makanan dan minuman yang sejuk


Keduanya, elakkan daripada memakan makanan yang telah sejuk. Sebaik-baiknya dipanaskan dahulu sebelum makan.

Begitu juga dengan air. Elakkan meminum air sejuk dan berais. Minuman bergas atau air berkabonat pun sama.

Minumlah minuman panas seperti air limau kasturi ataupun limau nipis. Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang gemar bersukan. Air limau ni amat baik dijadikan minuman harian dan penambah tenaga katanya.



3. Urut tapak kaki


Bagi melancarkan perjalanan darah, urutlah bahagian kaki dan tapak kaki anda setiap hari. Cukup sekadar beberapa minit sehari.

Katanya, bahagian kaki ni perlu diurut dan disentuh setiap hari.

8 Tanda Anda Sakit Buah Pinggang

Kebanyakan kita memang tak perasan jika menghidapi sesuatu penyakit. Terutamanya pada peringkat awal. Sering beranggapan yang ia hanyalah sakit biasa saja. Ataupun memang memandang remeh akan hal tersebut. Mungkin ada yang kata;

"Eleh, sakit sikit jer ni. Takyah lah awak risau. Kejap lagi baiklah tu."

Sebaiknya anda harus peka dengan keadaan kesihatan tubuh sendiri. Lakukan apa yang patut sebelum sesuatu penyakit tu melarat. Contohnya, jika nak tahu sama ada anda menghidapi sakit buah pinggang atau tak, cuba lihat tanda-tanda di bawah ini;


1. Bengkak Badan

Mengalami bengkak air yang teruk dan rasa sakit pada pinggang, kaki dan bahagian dalam tumit kaki.


2. Demam

Mengalami demam yang berulang. Contohnya - anda demam beberapa kali dalam seminggu.


3. Gatal-gatal Badan

Sekiranya seluruh badan anda mengalami gatal-gatal, ia menandakan badan anda banyak toksin.


4. Hilang Selera Makan

Selera anda hilang secara tiba-tiba. Bila makan, terasa macam nak muntah. Kesannya, anda akan mengalami penurunan berat badan secara tiba-tiba.


5. Kerap Buang Air Kecil

Kerap buang air kecil(kencing) di waktu malam. Tapi setiap kali kencing, hanya sedikit saja yang keluar.


6. Mudah Letih

Anda akan berasa mudah letih berbanding sebelum ini. Kalau selalu anda boleh melakukan aktiviti lasak tanpa masalah, tapi kini prestasi anda dah tak seperti biasa.


7. Sakit Kepala

Anda sering sakit kepala yang berpunca daripada tekanan darah tinggi.


8. Sakit Pinggang


Sakit Pinggang


Anda terasa macam menyucuk-nyucuk dan sakit di bahagian pinggang. Rasa sakit pada bahagian dalam dan bukan pada tulang.

Ada sesetengah anda ia datang sekali-sekala dan sesetengah yang lain pula merasainya secara berterusan.

Petua memutihkan ketiak yang hitam!

Bagi yang mahukan cara lain untuk memutihkan ketiak, hari ini saya kongsikan cara alternatifnya. Cara kali ini ada dua fungsi. Bukan setakat memutihkan ketiak yang hitam. Malah sesuai buat anda yang ingin memutihkan bahagian bawah leher. Itu hanya tambahan jikalau bahagian bawah leher anda hitam.



Andainya bawah leher agak hitam, cubalah petua di bawah ini;


1. Sediakan bahannya iaitu kunyit, limau nipis dan timun.


2. Memula, anda perahkan limau nipis.


Gambar limau nipis - commons.wikimedia.org



3. Manakala timun hendaklah dikisar halus untuk mendapatkan ekstraknya.


Gambar timun - ladangfertigasi.blogspot.com


4. Seterusnya, anda tumbukkan sedikit kunyit.

5. Campur dan gaulkan perahan limau nipis serta ekstrak timun tadi dengan kunyit hingga sekata.

6. Akhir sekali, anda sapukan bahan-bahan di atas pada bahagian bawah leher atau ketiak. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air suam.


Petua ini perlu dibuat setiap hari sehinggalah anda puas hati dengan hasilnya.


Selamat Mencuba!

khasiat buah strawberry~~ ;)

Di Malaysia ni, salah satu tempat untuk mendapatkan buah strawberi segar adalah di Cameron Highlands. Bukan sekadar buah strawberi, malah segala macam jenis cenderahati berbentuk buah strawberi boleh ditemui. Baik rantai kunci, bantal, selipar mahupun belon semuanya ada.


Bagi yang menggemari buah strawberi, anda memang tak rugi. Ianya memang banyak khasiat. Kalau sebelum ini, saya pernah paparkan cara memutihkan dengan buah strawberi; sebenarnya ia lebih daripada itu.



Buah Strawberi


Buah strawberi ni kaya dengan kanduangan fenol seperti antosianin dan elagitanin. Di mana warna merah yang ada padanya kaya dengan antosianin.


Fungsi antosianin ialah sebagai antioksidan. Antara tujuannya adalah;


# Melindungi struktur sel dalam tubuh

# Mengurangkan kerosakan sel yang berpunca daripada radikal bebas*

* - Radikal bebas yang berperanan membentuk pelbagai jenis sel kanser

# Mencegah kerosakan oksidan pada organ tubuh anda



Manakala elagitanin pula dikatakan berupaya mengurangkan jumlah kematian akibat kanser.



Khasiat lain buah strawberi pula ialah;


# Mengurangkan peradangan yang disebabkan oleh asma, osteoarthritis dan rematik

# Mengubati kulit terbakar dengan cara menyapukan buah ini pada anggota tubuh yang terlibat



Malah, akar dan daun buah strawberi turut berkhasiat menyembuhkan penyakit sendi.


Begitulah serba sedikit mengenai khasiat buah strawberi yang sempat saya kongsi dengan anda semua. Jadi, gunakanlah buah ini untuk kebaikan tubuh anda ya.

UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA..

Semoga bermanfaat .. 
Berapa lama Kita dikubur? Awan sedikit mendung, ketika kaki kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan lampu merah Karet. Baju merahnya yg besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ice-krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulutnya untuk dicicapi, sementara tangan kirinya mencengkam Ikatan sabuk celana ayahnya. 
Yani dan Ayahnya memasuki wilayah pemakaman umum Karet, berputar sejenak ke kanan & kemudian duduk Di atas tembok nisan "Hj Rajawali binti Muhammad 19-10-1915:20- 01-1965""Nak, ini kubur nenekmu mari Kita berdo'a untuk nenekmu" Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yg mengangkat ke atas dan ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Ia  mendengarkan ayahnya berdo'a untuk Neneknya... "Ayah, nenek waktu meninggal umur 50 tahun ya Yah." Ayahnya mengangguk sambil tersenyum, sambil memandang pusara Ibu-nya. "Hmm, bererti nenek sudah meninggal 42 tahun ya Yah..." Kata Yani berlagak sambil matanya mengira dan jarinya berhitung.. "Ya, nenekmu sudah di dalam kubur 42 tahun ... " Yani menoleh kepalanya, memandang sekeliling, banyak kuburan di sana . Di samping kuburan neneknya ada kuburan tua berlumut "Muhammad Zaini: 19-02-1882 : 30-01-1910""Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 106 tahun yang lalu ya Yah", jarinya menunjuk nisan bersebelahan kubur neneknya. Sekali lagi ayahnya mengangguk. Tangannya terangkat mengusap kepala anak satu-satunya. "Memangnya kenapa ndhuk( anak perempuan) ?" kata sang ayah menatap teduh mata anaknya. "Hmmm, ayah kan semalam bilang, bahwa kalau kita mati, lalu di kubur dan kita banyak dosanya, kita akan disiksa dineraka" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya. "Iya kan yah?"Ayahnya tersenyum, "Lalu?" "Iya .. Kalau nenek banyak dosanya, berarti nenek sudah disiksa 42 tahun dong yah di kubur? Kalau nenek banyak pahalanya, berarti sudah 42 tahun nenek senang dikubur .... Ya nggak yah?" mata Yani bersinar keranana bisa menjelaskan kepada Ayahnya pendapatnya. Ayahnya tersenyum, namun sekilas tampak keningnya berkerut, tampaknya cemas ...... "Iya nak, kamu pintar," kata ayahnya pendek. 
Pulang dari pemakaman, ayah Yani tampak gelisah Di atas sajadahnya, memikirkan apa yang dikatakan anaknya... 42 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...142 tahun disiksa ... atau bahagia dikubur .... Lalu Ia menunduk ... Meneteskan air mata...Kalau Ia meninggal .. Lalu banyak dosanya ...lalu kiamat masih 1000 tahun lagi berarti Ia akan disiksa 1000 tahun? ’Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un’ .... 
Air matanya semakin banyak menetes, sanggupkah ia selama itu disiksa? Iya kalau kiamat 1000 tahun ke depan, kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itu ia akan disiksa di kubur. Lalu setelah dikubur? Bukankah Akan lebih parah lagi? Tahankah? padahal melihat adegan pameran dipukuli masa  di tv kemarin ia dah tak tahanYa Allah... Ia semakin menunduk, tangannya mengangkat, setinggi bahunya  naik turun tak teratur.... air matanya semakin membanjiri pipi dan janggutnya…”Allahumma as aluka khusnul khootimah”... berulang Kali di bacanya DOA itu hingga suaranya serak ... 
Dan ia berhenti sejenak ketika terdengar batuk Yani. Dihampirinya Yani yang tertidur di atas dipan Bambu. Di betulkannya selimutnya. Yani terus tertidur.... tanpa tahu, betapa sang bapak sangat berterima kasih padanya karena telah menyadarkannya arti sebuah kehidupan... Dan apa yang akan datang di depannya.... "Yaa Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..." Sebarkan e-mail ini ke saudara-saudara Kita, mudah-mudahan bermanfaat.. .. 
"Sebarkanlah walau hanya 1 ayat" 

Sumber : Email Yahoo Group
SEMOGA MENJADI PEDOMAN KEPADA KITA SEMUA...

Tips Cucian Batik



1.Cuci batik dengan syampu / sabun pencuci khas dengan menggosok perlahan-lahan
2. Bilas dengan air bersih, elakkan memerah
3. Celup ke dalam pelembut kain, elakkan merendam / memerah
3. Sidai batik di tempat teduh, elakkan sinaran terik matahari
4. Gosok dengan suhu rendah sebelum kain betul2 kering.

Selamat mencuba.. ;)

Muslim, apa yg perlu dtakuti?

Rahsia Tahi Lalat


Cuba tengok2 keliling body anda..ada tak… ;)

1. Di kepala sebelah kanan terkabul cita-citanya
2. Di kepala sebelah kiri – sering menemui kesusahan
3. Ubun-ubun kurang jujur
4. Pusar cerdas,tangkas dan tekun
5. Di Kening kanan cergas dan cekap
6. Di kening kiri cergas dan sopan santun
7. Sudut mata kanan luar baik budi, ramai yang cinta
8. Sudut mata kanan dalam disayangi suami atau isteri
9. Biji mata kanan suka serong dan pembohong
10. Biji mata kiri pembohong tapi baik hati
11. Di alis kanan baik hati, suka menolong
12. Di alis kiri ramai yang suka
13. Di pipi kanan ramai teman
14. Di tengah-tengah pipi kanan ramai yang suka
15. Di tengah-tengah pipi kiri ramai kawan
16. Pada hidung banyak rezeki
17. Pada batang hidung banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
18. Bibir atas kanan banyak rezeki dan pandai
19. Bibir atas kiri ramai kawan, baik hati
20. Bibir bawah kanan disegani orang, ramai yang suka
21. Bibir bawah kiri pandai bicara, tak mudah kalah
22. Hujung mulut kanan kecil rezeki, tak mudah kalah
23. Hujung mulut kiri suka berpoya-poya
24. Dagu bawah kanan jujur dan baik hati
25. Dagu bawah kiri bijaksana, berbudi luhur
26. Leher kanan cerdas, jujur, berani menderita
27. Leher kiri cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
28. Leher ditengah – tercapai apa yang dicita
29. Di bahu kanan cermat dlm mengambil keputusan dan banyak tanggungan
30. Di bahu kiri suka kerja keras, banyak tangungjawab
31. Di dada kanan dapat mengatasi masalah
32. Di dada kiri berani, jujur dan sabar
33. Tetek kanan baik hati, pendiam dan simpan rahsia
34. Tetek kiri ramai kawan, setia pada suami atau isteri
35. Di punggung kanan pendiam, simpan rahsia
36. Di punggung kiri lambat, kurang agresif
37. Di perut bawah kanan banyak rezeki, suka memberi maaf
38. Di perut bawah kiri baik hati, tenang hidupnya
39. Pinggang kanan sayang pada isteri atau suami
40. Pinggang kiri disayangi oleh isteri atau suami
41. Di jari telapak tangan kanan banyak rezeki tapi boros
42. Di jari telapak tangan kiri banyak rezeki, menyimpan
43. Lengan kanan setia dan taat pada atasan
44. Lengan kiri menepati janji dan suka kerja
45. Siku tangan kanan kuat hendak memiliki kekayaan
46. Siku tangan kiri baik hati, suka menolong
47. Ketiak kanan menyimpan rahsia
48. Ketiak kiri jujur, banyak yang cinta
49. Pergelangan tangan kanan boros, suka bersukaria
50. Pergelangan tangan kiri dapat berpangkat
51. Pangkal peha kanan kemahuan kuat
52. Pangkal peha kiri suka kerja apa saja
53. Kemaluan kanan atau kiri baik, suka senggama (bersetubuh)
54. Di kepala kemaluan bakal beristeri dua
55. Betis kanan suka berpoya, boros
56. Betis kiri tidak suka menganggur
57. Tumit kanan  jujur, banyak kawan
58. Tumit kiri baik budi
59. Di telapak kaki kanan tidak mudah mengeluh
60. Di telapak kaki kiri baik budi pekertinya
61. Lutut kanan bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha
62. Lutut kiri kurang berusaha

Penawar Jika Terkena Sengatan Kala Jengking


Andainya anda disengat kala jengking atau terkena gigitan binatang berbisa lain, petua ini mungkin boleh membantu. Ianya cukup mudah dan ringkas. Tetapi khas buat mereka yang beragama Islam saja.

Ini kerana ia melibatkan ayat Al-Quran. Ada 3 surah yang perlu dibaca sebagai pelengkap kepada petua ini. Harap maklum yea.

Baiklah, bahan-bahan yang diperlukan cuma;

~ Air

~ Sedikit garam


Langkah-langkahnya:


1. Tadahkan air ke dalam satu bekas dan campurkan dengan sedikit garam. 


garam aka salt
Garam - medimanage.com


2. Kemudian, celupkan anggota badan yang terkena sengatan tadi ke dalam bekas yang berisi air garam.

3. Ini diikuti dengan bacaan 3 surah lazim iaitu Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falak dan Surah Al-Naas sebanyak satu kali untuk setiap surah.

Itu saja petuanya. Mudah-mudahan ia dapat menyembuhkan si pesakit. InsyaAllah.

Selamat Mencuba!