Tuesday, November 8, 2011

petua kulit cantik, menjadi!

alhamdulillah..
try 1 petua ni. 
tu pon kaklong yg bancuh..
sy tukang habiskn.. hihi..

tepung ubi kayu + asam jawa.
bancuh dgn air.
then nk best, letak dlm peti.
letak kt muka sambil2 tgk tv, dah kering blh basuh..

mmg menjadi. muka rs halus jek.
tp masa pakai tu pedih.. & gatai ckit. hehe.

selamat mcuba! ;)



Tuesday, September 6, 2011

ISU TENTANG KEKANGAN-KEKANGAN DALAM PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN.

Oleh : Cik Nadirah Bt. Bahari
Guru Pelatih PISMP Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran  
IPGM Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan bahawa Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak yang luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik pengajaran, peralatan dan kemudahan-kemudahan diperlukan. Konsep pendidikan khas pula boleh dirumuskan bahawa pendidikan khas ialah satu program di mana ia adalah satu bentuk rancangan pengajaran khas yang diajar oleh guru yang mahir dalam bidang pendidikan khas. Alat-alat yang digunakan juga adalah alat-alat dan bahan-bahan khas. Tambahan lagi, guru mempunyai teknik khas untuk mengajar pelajar ini dan rancangan pembelajaran kanak-kanak khas ini bersifat individu dan bertumpu dalam setiap tahap pencapaian mereka.
Kanak-kanak berkeperluan khas dapat dijelaskan definisinya melalui kenyataan daripada Kirk et al (1993) yang menjelaskan bahawa definisi kanak-kanak berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental keupayaan-keupayaan deria, dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal, dalam tingkahlaku sosial atau emosi, dalam keupayaan untuk berkomunikasi atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas yang lain,  supaya ia boleh berkembang sehingga mencapai tahap kemampuan yang maksimum.
Kanak-kanak berkeperluan khas juga dikenali sebagai kanak-kanak istimewa kerana keadaan mereka adalah berbeza disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, otak dan emosi mereka yang tidak sama dengan kanak-kanak normal. Oleh itu, pertumbuhan dan perkembangan diri mereka iaitu fizikal, otak emosi dan sosial tidak sama dengan kanak-kanak normal. Lazimnya keupayaan maksimum mereka dalam semua bidang jauh berkurangan daripada kanak-kanak biasa.

Isu yang akan di kupaskan ini adalah berkaitan dengan kanak-kanak pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Kanak-kanak ini mempunyai masalah kerana tidak berupaya untuk mengikuti kelas normal seperti biasa. Keadaan kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini khusus dirujuk sebagai halangan psikologikal atau neurologikal terhadap gerakbalas bahasa, samada lisan atau tulisan, persepsi kognitif, atau aktiviti psikomotor.

Ciri-ciri yang dirumuskan bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah :
a)         Pencapaian akademik keseluruhannya tidak sampai tahap memuaskan.
b)         Lemah dalam subjek Matematik dan Bahasa.
c)         Tidak menunjukkan minat dalam kelas.
d)         Hanya berupaya memberi perhatian atau tumpuan singkat terhadap aktiviti   
          pengajaran dan pembelajaran.
e)         Masalahnya tidak dipedulikan atau tidak dapat dibantu oleh ahli keluarganya.
f)          Mereka juga sering mengantuk, mudah lupa seta mempunyai sifat malu dan    
          segan untuk bertanya.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi kemudahan perkhidmatan kepada pelajar-pelajar kurang upaya seperti masalah penglihatan, pendengaran, bermasalah pembelajaran dan pelajar pemulihan khas. Kategori bagi masalah pembelajaran di bawah tanggugjawab  Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti gambar rajah berikut:-
Terdapat beberapa jenis Program Pendidikan Khas yang dilaksanakan oleh KPM:-
  1. Sekolah khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.
  2. Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid-murid berkeprluan khas, bermaslaah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Ia diwujudkan melalui sekolah rendah, menengah dan sebagainya.
  3. Program Pendidikan Inkusif membolehkan murid pendidkan khas berpeluang belajar bersama-sama dengan murid biasa dalam satu kelas dengan bantuan guru sumber.
  4. Program Pemulihan Khas disediakan bagi membantu murid mengatasi masalah belajar yang khusus terutama dalam kemahiran 3M   membaca, mengira dan menulis.
  5. Kurikulum Program Pendidikan Khas merupakan sebuah kurikulum yang digunakan oleh sekolah pendidikan kahs.
  6. Aktivti Kokurikulum untuk murid pendidikan khas disediakan juga antaranya ialah futsal, goalball dan pingpong locang.
  7. Terdapat dua jenis kategori Program Pendidikan Khas Prasekolah disediakan oleh KPM iaitu Programa Pendidikan khas Inklusif Prasekolah si sekolah biasa untuk murid-murid bermasalah pendengaran dan penglihatan dan Program Pendidikan Khas Inklusif Prasekolah di  sekolah biasa untuk murid bermasalah pembelajaran.
  8. Terdapat 7 buah pusat berkeperluan khas iaitu:-
a)    Khidmat audiologi
b)    Kelas bahasa isyarat
c)    Kelas terapi pertuturan
d)    Kaunseling ibu bapa
e)    Perpuskataan, tempat permainan dan bahan rujukan

  1. Semua sekolah pendidikan khas bermasalahpendengaran dan penglihatan menawarkan aliran akademik iaitu Ujian Penilaian Rendah (UPSR). Kemudahan juga telah diberikan termasuklah asrama dan makan minum percuma.
  2. Program Pendidikan Khas Peringkat Menengah diberikan kepada pelajar bermasalah pendengaran dan penglihatan. Pereka akan mengambil Penilaiaan Menengah Rendah ( PMR) dan mereka jugs akan diberi peluang untuk menyambung pelajaran di epringkat vokasional atau akademik.
  3. Murid bermasalah pembelajaran yang memilih untuk ke alairan vokasional atau elektif mata pelajaran vokasional (MPV) boleh meneruskan pelajaran di sekolah menegah atau teknik(pendidikan khas).
  4. Jabatan Pendidikan Teknik juga memberi pelunag kepada pelajar bermasalah pendengaranuntuk melanjutkan pelajaran di Politeknik. Mereka boleh mengikuti kursus dengan pendaftaran percuma, yuran pengajian percuma, makan percuma serta wang saku RM300 diberikan setiap bulan.
  5. Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah rendah adalah enam tahun.



Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri telah berusaha membangunkan dan membuka sekolah Intregrasi Pendidikan Khas. Usaha ini adalah sesuatu yang perlu dipandang positif. Selain itu,  ia juga memperlihatkan tahap kesedaran ibu bapa dan juga masyarakat di Malaysia terhadap keperluan pendidikan dalam kalangan anak istimewa mereka dan peluang - peluang yang telah disediakan oleh pihak berwajib ini. Program Sekolah Intergrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKB) bukan lagi satu perkara baru di Negara kita. Program ini telah wujud pada tahun 1988 dan kelas di peringkat menengah telah dibuka pada tahun 1995.
Contohnya di negeri Sabah, PKBP telah ditubuhkan pada tahun 1989 dan SK Bukit Padang merupakan sekolah perintis. Penubuhan sekolah intergrasi PKBP ini selaras dengan usaha Jabatan Pendidikan Khas (JPK) dalam menyediakan kemudahan pendidikan bagi murid berkeperluan khas selari dengan deklarasi antarabangsa yang telah Malaysia tandatangani. Deklarasi tersebut menyarankan agar negara-negara di dunia yang menjadikan kanak-kanak cacat sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara. Selain itu, deklarasi tersebut juga menyarankan agar kanak-kanak ini diberi hak samarata dalam pendidikan serta ibubapa mereka diberi hak dalam menentukan jenis pendidikan yang sesuai untuk anak mereka.








Pertambahan kesedaran masyarakat terutamanya ibubapa terhadap pendidikan anak mereka secara tidak langsung akan meningkatnya jumlah murid di sekolah-sekolah Intergrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Sebagai seorang guru pendidikan khas adalah menjadi tanggungjawab seorang guru itu memastikan anak muridnya mencapai tahap akademik mengikut kemampuan serta kesungguhan murid tersebut dalam sejauh mana murid itu boleh menerima pembelajaran yang diajarkan. Merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan murid berkeperluan khas sudah menjadi tanggungjawab guru pendidikan khas. Perkara ini amat sukar dan memerlukan kesungguhan dan ketekunan daripada guru tersebut. Sungguhpun begitu, satu - satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tidak boleh hanya bergantung kepada faktor kesungguhan guru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah semata-mata. Amnya, Program Pendidikan Khas terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di negara kita masih lagi dalam fasa perkembangan dan pemurnian perlaksanaannya. Ini bermakna banyak perkara yang perlu dipelajarai dan diperbaiki.
Isu sokongan daripada pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah adalah sangat penting dalam sesebuah sekolah Intergrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran memandangkan pihak inilah yang paling hampir dengan program pendidikan khas. Masalah pihak pentadbiran yang masih kurang memberi sokongan kepada program PKBP bukan sahaja menjadi masalah beberapa buah sekolah malah turut berlaku di beberapa sekolah lain di Semenanjung Malaysia. Kurangnya sokongan pihak pentadbiran boleh dilihat dari segi layanan pihak pentadbir terhadap guru pendidikan khas dan murid pendidikan khas, kurangnya peruntukan kewangan, serta sikap kurang senang pihak pentadbir atau guru-guru biasa apabila murid pendidikan khas mengikuti program rasmi sekolah . Dalam menangani isu ini, perlunya ada program pendedahan Pogram Pendidikan Khas terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dalam kalangan semua pihak pentadbir dan semua guru terutamanya bagi sekolah-sekolah yang baru membuka program ini dan juga pihak pentadbir yang baru didedahkan dalam dunia pendidikan khas. Melalui pendedahan yang dibuat itu, persefahaman pengurusan penyelarasan pendidikan dan Guru Besar atau Pengetua akan menjadi lebih baik. Perbincangan  diantara guru pendidikan khas, Guru Besar atau Pengetua serta gueu-guru dengan Pihak Jabatan Pendidikan Khas perlu diadakan secara berterusan.  Ini bertujuan untuk memantapkan lagi persefahaman tersebut selain daripada perkongsian maklumat secara menyeluruh.
            Kesediaan guru dalam membentuk kemahiran, kecekapan dan latihan dalam menangani murid berkeperluan khas ini juga sering menjadi isu bagi sesetengah ibubapa, terutamanya ibubapa daripada golongan berpelajaran tinggi. Umumnya  ibubapa meyimpan harapan yang terlalu tinggi untuk anak mereka dan mengharapkan hasil yang terbaik dalam tempoh yang singkat. Perkara ini amat sukar dan selalunya ia memakan masa yang agak lama. Selain itu, Ketua Penyelaras Pendidikan Khas bagi setiapsekolah perlu memastikan kemahiran serta pengetahuan setiap guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah bersifat terkini. Selain daripada inisiatif guru itu sendiri dalam mencari maklumat dan kemahiran, pihak Jabatan Pendidikan Khas (JPK) juga perlu peka terhadap keperluan guru – guru tersebut. Selain daripada menghulurkan dana, bahan bantu mengajar, alatan dan bahan, pihak JPK  juga perlu membawa guru – guru untuk ke luar negara yang sudah lama dan mahir dalam bidang pendidikan khas ini.  Lawatan keluar negara adalah lebih bermakna sekiranya melibatkan guru pendidikan khas kerana mereka melihat dan merasa sendiri bagaimana cara dan sistem pendidikan khas di sana dijalankan. Tambahan pula, pengalaman tersebut adalah lebih praktikal berbanding mendapat banyangan dan cerita daripada pihak lain sahaj.
            Kesimpulannya,  pengenalan dan isu-isu di atas adalah mengenai kekangan-kekangan yang dialami untuk melaksanakan program pendidikan khas masalah pembelajaran di sekolah. Setiap kekangan tersebut perlu cuba ditangani sedikit demi sedikit dengan melahirkan kesedaran dalam kelompok masyarakat sekolah itu dahulu sebelum disasarkan pada kelompok masyarakat di luar kawasan sekolah.

MENGENAL AUTISME

Disediakan oleh: Cik Siti Nor Aisyah bt. Rahman, 
Guru Pelatih PISMP B.Ed. Special Ed IPGM Kampus Ilmu Khas,Kuala Lumpur.

MARI MENGENAL AUTISME.



Tahukah anda apa maksudnya autisme? Autisme boleh dimaksudkan sebagai ‘dalam dunia sendiri’. Istilah autisme sendiri berasal dari perkataan autos yang bererti diri sendiri dan isme yang bererti aliran.

Mengikut Uta Frith (1989) “Autisme ialah ketidakbolehan untuk menyatukan bahagian-bahagian maklumat menjadi satu yang jelas dan ketidakbolehan minda menjadikan aktiviti, pemikiran, kepercayaan dan perasaan sendiri bermakna kepada diri sendiri.’’

Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) pula menjelaskan maksud Autisme seperti berikut: “Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran makenikal ataupun dalam seni muzik, ‘rote memory’ dan lain-lain”.

Bagaimana mengenal kanak-kanak autisme? Penyelidik Dr. Simon Baron-Cohen dan rakan-rakan mendapati sekiranya kanak-kanak berumur 18 bulan tidak menunjukkan tiga tingkah laku dibawah, adalah kemungkinan 83% dilabelkan autistik ataupun autisme.
i.      Menunjukkan sesuatu di persekitaran yang membawa kepada perhatian orang  lain;
ii.     Melihat kepada objek bila orang lain lihat atau tunjukkan objek tersebut;
iii.    Cenderung untuk bermain

Kanak-kanak autisme selalunya menimbulkan kekeliruan bagi penjaganya kerana mereka kelihatan normal seperti kanak-kanak lain. Namun begitu, autisme boleh juga dikenalpasti apabila;

Bayi;
  • ·         Tidak kelihatan gembira apabila diangkat dan ditatang;
  • ·         Bayi tidak mengangkat tangan untuk dipeluk atau didukung;
  • ·         Meronta apabila berada dalam tangan ibunya;
  • ·         Mengelak bertentangan mata dengan orang;
  • ·         Kurang bertindakbalas terhadap orang lain;
  • ·         Kekurangan dalam perkembangan bahasa;
  • ·         Pertumbuhan dan perkembangan normal hanya sehingga dua tahun;
  • ·       Kemerosotan dari segi perkembangan bahasa, tingkah laku sosial, aktiviti bermain dan kemahiran motor;

Kanak-kanak;
  • ·         Menyendiri;
  • ·         Bermain sendirian dan tidak bergaul dengan rakan;
  • ·         Jarang menggunakan bahasa;
  • ·         Sukar diajak bercakap;
  • ·         Meniru perbualan ataupun perkataan orang lain seperti dialog filem;
  • ·        Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang seperti menepuk tangan ataupun berjalan mundar-mandir;
  • ·         Aktiviti dan kemahiran motor agak stereotaip;

Remaja:

  • ·         Perkembangan sosial tidak normal;
  • ·         Tiada kesedaran akan perasaan orang lain;
  • ·         Tiada minat kepada orang lain;
  • ·         Tiada kebolehan berkawan


Tahukah anda sebenarnya kanak-kanak autisme ini boleh dirawat ataupun dididik? Program pembelajaran yang sesuai bagi kanak-kanak sebegini adalah bercorak ke arah analisis tingkah laku dan menggalakkan penggunaan pertuturan dan komunikasi. Untuk aspek komunikasi, peningkatan boleh dilakukan ialah menggunakan pergerakan dan isyarat yang sesuai. Mereka ini juga boleh diintegrasikan bersama kanak-kanak normal supaya menjadikan mereka lebih efektif untuk bergaul. Bagi setiap  tingkah laku yang positif, guru ataupun penjaga perlulah menggunakan peneguhan seperti kata-kata  pujian ataupun seperti hadiah contohnya biskut bagi mengekalkan tingkah laku yang baik. Sesungguhnya apabila mereka melakukan sesuatu tingkah laku dan mendapat pujian, sudah pasti mereka akan mengulanginya lagi dan begitulah sebaliknya bukan? Kanak-kanak autisme juga boleh dibantu melalui cara ‘modelling’ iaitu meniru tingkah laku. Selain itu, ibubapa boleh menayangkan cerita atau video yang mengandungi nilai-nilai murni serta penggunaan bahasa yang baik supaya murid meniru.

Berdasarkan pengalaman saya berpraktikal di SK.Taman Segar Cheras pada bulan lepas, saya mempunyai seorang murid autisme. Murid ini pada awal jangkaan saya fasih berbahasa English tetapi sebenarnya murid ini bercakap dengan dunianya sendiri tetapi menggunakan pelbagai dialog dari cerita kartun inggeris yang saya rasakan agak lucu kerana nadanya juga sama! Sungguh unik anak istimewa ini. Namun begitu, bagi pendapat saya eloklah jika murid tersebut 'berdialog' dengan ayat-ayat yang lebih bermakna. Seharusnya murid ini perlu ditayangkan cerita yang mengandungi banyak nilai murni contohnya perkataan 'terima kasih'. Jelas sekali murid autisme boleh dan suka meniru jadi eloklah meniru yang baik-baik sahaja.

            Kesimpulannya, autisme ini perlulah dikenalpasti dari peringkat awal lagi supaya langkah pencegahan awal boleh dilakukan. Kanak-kanak autisme mamapu belajar dan berfungsi seperti kanak-kanak normal yang lain jika diberi pendidikan dan rawatan yang sempurna. 




____________________________________________________________________________

sumber rujukan:

Buku

Jamila K.A Mohamed. (2006). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Selangor: Pts Publications & Distributors Sdn. Bhd

Jurnal
Wang Hui Lee, Madinah Mohd Yusuf, David Khoo Khiam Soo Dan Masitah Hj. Taib. (2006). Persepsi Guru Pelatih Program Kursus Perguruan Lepas Ijazah Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Terhadap Murid Bermasalah Pembelajaran, Tempawan Jilid XXII : hlm 59-67.

Yunus Yusuf. (2006). Kanak-Kanak Autisme, Lestari Pendidik-IPGM KDRI : Hlm 67-75

Internet

Pn. Ainol Azmi Bt, Lazim. (2008). Autisme. (6 September 2011) 




Saturday, July 30, 2011

kurang darah?




1. Amalkan memakan sup kambing setiap hari


Sup Kambing Chef Wan - blogresepi.com



Tapi saya ni memang tak makan kambing. Jadi, beliau pun suruh saya hirup kuahnya saja. Sebab yang penting ialah kandungan rempah sup itu sendiri. Kalau nak hirup kuah sup ayam, lembu dll pun boleh. Janji sup.

Kemudian, tambahkan dengan bawang goreng. Sebaik-baiknya ialah bawang goreng yang dibuat sendiri tau.



2. Elakkan makanan dan minuman yang sejuk


Keduanya, elakkan daripada memakan makanan yang telah sejuk. Sebaik-baiknya dipanaskan dahulu sebelum makan.

Begitu juga dengan air. Elakkan meminum air sejuk dan berais. Minuman bergas atau air berkabonat pun sama.

Minumlah minuman panas seperti air limau kasturi ataupun limau nipis. Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang gemar bersukan. Air limau ni amat baik dijadikan minuman harian dan penambah tenaga katanya.



3. Urut tapak kaki


Bagi melancarkan perjalanan darah, urutlah bahagian kaki dan tapak kaki anda setiap hari. Cukup sekadar beberapa minit sehari.

Katanya, bahagian kaki ni perlu diurut dan disentuh setiap hari.

8 Tanda Anda Sakit Buah Pinggang

Kebanyakan kita memang tak perasan jika menghidapi sesuatu penyakit. Terutamanya pada peringkat awal. Sering beranggapan yang ia hanyalah sakit biasa saja. Ataupun memang memandang remeh akan hal tersebut. Mungkin ada yang kata;

"Eleh, sakit sikit jer ni. Takyah lah awak risau. Kejap lagi baiklah tu."

Sebaiknya anda harus peka dengan keadaan kesihatan tubuh sendiri. Lakukan apa yang patut sebelum sesuatu penyakit tu melarat. Contohnya, jika nak tahu sama ada anda menghidapi sakit buah pinggang atau tak, cuba lihat tanda-tanda di bawah ini;


1. Bengkak Badan

Mengalami bengkak air yang teruk dan rasa sakit pada pinggang, kaki dan bahagian dalam tumit kaki.


2. Demam

Mengalami demam yang berulang. Contohnya - anda demam beberapa kali dalam seminggu.


3. Gatal-gatal Badan

Sekiranya seluruh badan anda mengalami gatal-gatal, ia menandakan badan anda banyak toksin.


4. Hilang Selera Makan

Selera anda hilang secara tiba-tiba. Bila makan, terasa macam nak muntah. Kesannya, anda akan mengalami penurunan berat badan secara tiba-tiba.


5. Kerap Buang Air Kecil

Kerap buang air kecil(kencing) di waktu malam. Tapi setiap kali kencing, hanya sedikit saja yang keluar.


6. Mudah Letih

Anda akan berasa mudah letih berbanding sebelum ini. Kalau selalu anda boleh melakukan aktiviti lasak tanpa masalah, tapi kini prestasi anda dah tak seperti biasa.


7. Sakit Kepala

Anda sering sakit kepala yang berpunca daripada tekanan darah tinggi.


8. Sakit Pinggang


Sakit Pinggang


Anda terasa macam menyucuk-nyucuk dan sakit di bahagian pinggang. Rasa sakit pada bahagian dalam dan bukan pada tulang.

Ada sesetengah anda ia datang sekali-sekala dan sesetengah yang lain pula merasainya secara berterusan.

Petua memutihkan ketiak yang hitam!

Bagi yang mahukan cara lain untuk memutihkan ketiak, hari ini saya kongsikan cara alternatifnya. Cara kali ini ada dua fungsi. Bukan setakat memutihkan ketiak yang hitam. Malah sesuai buat anda yang ingin memutihkan bahagian bawah leher. Itu hanya tambahan jikalau bahagian bawah leher anda hitam.



Andainya bawah leher agak hitam, cubalah petua di bawah ini;


1. Sediakan bahannya iaitu kunyit, limau nipis dan timun.


2. Memula, anda perahkan limau nipis.


Gambar limau nipis - commons.wikimedia.org



3. Manakala timun hendaklah dikisar halus untuk mendapatkan ekstraknya.


Gambar timun - ladangfertigasi.blogspot.com


4. Seterusnya, anda tumbukkan sedikit kunyit.

5. Campur dan gaulkan perahan limau nipis serta ekstrak timun tadi dengan kunyit hingga sekata.

6. Akhir sekali, anda sapukan bahan-bahan di atas pada bahagian bawah leher atau ketiak. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air suam.


Petua ini perlu dibuat setiap hari sehinggalah anda puas hati dengan hasilnya.


Selamat Mencuba!